Friday, 28 September 2012
Monday, 24 September 2012
Friday, 21 September 2012
Bebasnya Tanah Melayu oleh Prauniversiti SMK Khir Johari
Sepuntum 
 | 
  
Cis, orang putih bedebah! Berani kau
  masuk ke dalam rumah aku dengan memakai kasut? Keluar! Keluar! Keluar! 
 | 
 
Birch 
 | 
  
Hei you! Jaga kata-kata kamu.
  Saya……saya…….hmmm….  
Arshad! What is the word for ‘Leader’?
   
 | 
 
Arshad 
 | 
  
Ah….hmmm….ah…..Ketua 
 | 
 
Birch 
 | 
  
Ahh…..Saya ini KETUA kamu. Kamu mesti
  hormatkan saya. Jangan kurang hajar dengan saya, ya…. 
 | 
 
Sepuntum 
 | 
  
Ceh! Orang putih tidak tahu adat!
  Jangan kau harap kami akan patuh dan hormatkan kau. Ini tanah Melayu. Ini
  anak Melayu. Pantang nenek moyang anak Melayu bertuankan penjajah.  Kesetiaan anak Melayu hanya pada Sultan!  
-Arshad memegang bahu Sepuntum. Sepuntum menepis. 
Cis!! 
 | 
 
Melor 
 | 
  
Abang!. Bertenanglah abang….Abang! 
 | 
 
Kenanga 
 | 
  
Bapak! 
 | 
 
Birch 
 | 
  
Hmm…….Lihat Arshad. There’s a
  beautiful flower in the house! 
 | 
 
Birch bergerak untuk merapati Kenanga
  namun dihalang oleh Sepuntum. 
 | 
 |
Sepuntum 
 | 
  
Melor! Kenanga! Pergi masuk bilek! 
 | 
 
Melor dan Kenanga masuk ke dalam
  bilek. 
 | 
 |
Birch 
 | 
  
Never mind, Arshad. Lain kali….. 
 | 
 
Sepuntum 
 | 
  
Hey bedebah! Mau apa lagi kau di
  sini?? 
 | 
 
Birch 
 | 
  
Hei, kamu semua! Dengar sini
  baik-baik. Saya adalah KETUA kamu yang baru. Saya bagi amaran kepada
  kamu….hmm… ‘what is his name?...(melihat Arshad) 
 | 
 
Arshad 
 | 
  
Sepuntum.. 
 | 
 
Birch 
 | 
  
Ahhh….Ahhh.. Kamu Sepuntum. Jangan
  berani melawan saya. Saya bagi amaran. Kamu mesti patuh kepada saya. Kamu
  tidak boleh mempunyai hamba! Faham?? 
 | 
 
Birch dibantu oleh Arshad cuba
  mengambil hamba daripada rumah Sepuntum. Anak lelaki Sepuntum marah dan cuba
  mencederakan Birch namun dihalang oleh bapanya. 
 | 
 |
Damak 
 | 
  
Bapak! 
  Jangan kau kotorkan tangan kau, bapak! Biar Damak sahaja yang
  hancurkan dia!! Jahanam! Manusia durjana!! 
 | 
 
Sepuntum dan Damak cuba menghalang
  Arshad daripada merampas hamba mereka namun tidak berjaya. 
 | 
 |
BABAK 2
Pada 21
Julai 1875, Sultan Abdullah bermesyuarat di Kampung Durian Sebatang
bersama-sama Dato’ Maharajalela dan pembesar-pembesar yang lain.
S Abdullah 
 | 
  
Wahai pembesar-pembesar sekelian. Beta
  rasa kita perlu mengambil tindakan segera sebelum terlambat. Pentadbiran
  orang Barat ini nampaknya semakin menyusahkan rakyat beta.  Apa pendapat pembesar-pembesar sekelian? 
 | 
 
Pandak Indut 
 | 
  
Ampun tuanku. Ya tuanku. Patek
  bersetuju dengan pandangan tuanku. Kita perlu bertidak segera. Kita perlu
  menghapus orang Barat itu. Itu saja jalan yang patek nampak ada. Ampun
  Tuanku. 
 | 
 
Sepuntum 
 | 
  
Ampun Tuanku. Ya Tuanku. Orang barat
  durjana yang tidak tahu adat itu harus kita hapuskan daripada mukabumi
  bertuah ini.  Mereka tidak berhak
  mengarah kita. Hanya sultan saja yang berhak sebegitu. Ampun Tuanku. 
 | 
 
Pembesar-pembesar memandang sesama
  sendiri sambil mengangguk kepala. 
 | 
 |
S Abdullah 
 | 
  
Kalau begitu kata sepakat
  pembesar-pembesar beta, beta setuju. 
  Antara tuan hamba pembesar, siapakah yang ingin menawarkan diri?
  Supaya kerja ini sempurna laksananya. 
 | 
 
Pandak Indut 
 | 
  
Ampun Tuanku. Apa kata kalau Dato’
  Maharajalela yang melaksanakan tanggungjawab ini? Hamba rasa Dato’
  Maharajalela seorang saja yang mampu menumbangkan si jahanam itu! Ampun
  Tuanku. 
 | 
 
Sepuntum 
 | 
  
Ampun Tuanku. Betul kata Pandak Indut
  itu. Hamba bersetuju sangat dengan cadangannya. Dato’ lah orang yang paling
  sesuai menjalankan tugas yang penting ini. Ampun Tuanku. 
 | 
 
S Abdullah 
 | 
  
Bagaimana Dato’? Adakah Dato’ setuju
  memikul tanggungjawab besar ini? 
 | 
 
Dato’ M 
 | 
  
Ampun Tuanku. Titah Tuanku patek
  junjung.  Kalau putih kata Tuanku,
  putihlah kata patik. Kalau si biadap itu yang Tuanku inginkan, atas dulang
  patik sajikan. Ampun Tuanku. 
 | 
 
S Abdullah 
 | 
  
Baiklah. Kalau begitu percepatkan
  langkah tuan hamba Dato’. (Memandang kea rah pembesar-pembesar yang ada )
  Jangan sampai rancangan kita diketahui orang Barat. Biar pecah di perut.
  Jangan pecah dimulut. (Memandang kea rah Dato’) Berhati-hati Dato’ kerana
  orang Barat itu sangat bahaya.  Beta
  doakan kejayaan Dato’. Segeralah.  
 | 
 
Dato’ M 
 | 
  
Menjunjung titah tuanku. Sembah patik
  harap diampun. Ampun Tuanku.  
 | 
 
Sultan
Abdullah berangkat meninggalkan balai dengan diikuti oleh semua
pembesar-pembesar. Masing-masing mengangguk-ngangguk kepala dan menepuk-nepuk
belakang Dato’ sebagai tanda sepakat dan member semangat.
Tanggal 1
November 1875, Dato’ Maharajalela mendapat peluang untuk membunuh JWW Birch.  Pada hari itu Birch dan rombonganya tiba di
Pasir Salak untuk menampal surat pengisytiharaan tentang penyerahan kuasa
pentadbiran kepada British. Dato’ Maharajalela telah sepakat memilih Pandak
Indut dan Sepuntum untuk membunuh Birch dan pengikut-pengikutnya.
Maka
berlakulah tragedy bersejarah ini pada 2 November 1875. Birch ditikam oleh
Pandak Indut semasa sedang mandi di rumah rakit. 
(Hanya
kedengaran suara sahaja)
Birch 
 | 
  
What are you doing? What are doing?
  Spare my life! Spare me! Help!!! 
 | 
 
Pandak Indut 
 | 
  
Aarghh!!! Rasakan keris anak Melayu
  ini!! Aarghh!! 
 | 
 
Birch tercampak ke dalam sungai Pasir
  Salak. Namun dia masih hidup lagi. 
 | 
 |
Birch 
 | 
  
Help me! Help me, Arshad!  Help me! 
 | 
 
Sepuntum 
 | 
  
Masih bernafas lagi kau? Nah! Rasakan
  pulak tetakan parangku ini pula !! 
 | 
 
Birch 
 | 
  
Aaarrgghhhh!!!!! 
 | 
 
Si Arshad,
sipengkhianat turut dibunuh oleh Pandak Indut semasa menampal surat
pengisytiharan.
(Atas pentas
Pandak Indut  dan beberapa pengikut lain
menghendap Si Arshad dan dibunuh).
BABAK 3
JWW Birch
merupakan pembesar Orang Barat yang pertama dibunuh. Selepas kejadian itu telah
tercetus rusuhan antara orang melayu tempatan dengan orang suruhan Barat.
(Babak
rusuhan di atas pentas dan di dataran Kejat)
BABAK 4
Apabila
banyak pertumpahan darah dan kehilangan nyawa, akhirnya penyatuan diutamakan. Cubaan
untuk berdamai dengan British diteraju oleh Tunku Abdul Rahman.  Tunku menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
bersama-sama MCA dan MIC membentuk Parti Perikatan yang dipimpin beliau. 3
badan politik dalam parti tersebut: UMNO – diketuai oleh Tunku Abdul Rahman,
MCA – diketuai oleh HS Lee dan MIC – diketuai oleh Tun V.T Sambathan.
(Pelakon
naik ke pentas mengikut susunan nama dan pelakon-pelakon lain berkumpul di
dataran Kejat mendengar ucapan).
(Orangramai
membakar semangat dengan bertepuk tangan dan membuat laungan-laungan patriotik
semasa ucapan diberi.)
Tunku Abd Rahman 
 | 
  
Kita / rakyat yang bebas / Kita tidak
  perlu dijajah / oleh negara lain./ Selama ini / kita menghadapi / pelbagai
  cabaran,/ dugaan / dan kehilangan./ Hari ini / kita mendapat / satu peluang /
  untuk membentuk / masa hadapan / yang cerah ./ Kita perlu / menyedarkan
  kuasa-kuasa barat / bahawa / kita mempunyai kewibawaan / untuk membentuk /
  kerajaan kita sendiri./ Kita TIDAK perlu / menjadi hamba / di tanah milik /
  kita sendiri./ 
 | 
 
H.S.Lee 
 | 
  
Kebebasan di tangan kita. / Kita perlu
  / menggunakan peluang ini / untuk mempertahankan / kebebasan itu./ Adakah
  kita / boleh mencapainya?/ 
 | 
 
Tun VT Sambathan 
 | 
  
Kita anak tanah ini. / Keselamatan dan
  kebebasan tanah ini / tanggungjawab kita. / Marilah kita / bersama-sama /
  menyelamatkan tanah ini / daripada tangan kuasa Barat./ 
 | 
 
Tunku Abd Rahman 
 | 
  
Tanpa mengira / bangsa / kaum / dan
  agama / kita dibawah satu nama / iaitu / Anak Malaya./ Marilah kita /
  bersama-sama  mendapatkan / hak
  kebebasan kita. / Ayuhlah! / 
 | 
 
Ketiga-tiga Pemimpin 
 | 
  
Bersatu Kita Teguh / Bercerai kita
  roboh. / 
 | 
 
Orangramai:
Penjajah diselar. Hidup Malaya!!! 
(Orangramai
bersurai.) 
Ketiga-tiga
parti ini berjaya mendapat sokongan rakyat. Parti Perikatan memenangi Pilihan
Raya 1955. British terpaksa akur dan menerima hakikat bahawa Parti Perikatan
telah berjaya membentuk kerajaan sendiri. 
BABAK 5
(Di atas
pentas: Tunku, Lee dan Tun duduk menunggu Ratu)
Seperti yang
telah dijanjikan, satu rombongan diwakili oleh Tunku Abd Rahman, HS Lee dan Tun
Abdul Razak Hussein telah ke London untuk membuat perundingan kemerdekaan
dengan Ratu Elizabeth. 
(Ratu
Elizabeth masuk diiringi oleh pengawal peribadi. Tetamu bangun. Apabila Ratu
duduk baru tetamu duduk dan perbincangan bermula.)
Mereka telah
berjaya mendapatkan persetujuan ratu untuk membentuk kerajaan sendiri dan
mereka menandatangani dokumen pengisytiharan kemerdekaan di London. Akhirnya,
Negara kita telahpun mencapai kemerdekaan.
(Ratu
bangun. Tetamu ikut bangun. Ratu mengangguk-ngangguk kepala dan kemudian
beredar. Tetamu turut mengangguk-ngangguk kepala dan beredar setelah ratu
beredar.)
Tunku Abdul
Rahman (naik kembali ke atas pentas) dilantik sebagai Perdana Menteri Malaya
yang pertama. Pada malam 30 Ogos 1957, tepat jam 12 tengah malam, di hadapan Padang
Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera Union Black diturunkan dan bendera
Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan. Penyerahan dokumen pengisytiharan
kemerdekaan serta laungan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman dan
disahut oleh seluruh Tanah Melayu.
(Laungan 7
kali)
Demikianlah
sahaja skesta Patriotik 2012 – ‘Bebasnya Tanah Malaya’ daripada kami
pelajar-pelajar Prauniversiti yang dibantu oleh semua warga SMK Khir
Johari.  
BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.
INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.
RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU,
DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN;
JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU,
TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN.
DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN;
JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU,
TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN.
Wabillahhi
Taufik Wahidayah Wassamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatu.
Dibimbing oleh:
Madam Rosni bt Mohd Aup
En Khairi 
Subscribe to:
Comments (Atom)


















