Friday 21 September 2012

Bebasnya Tanah Melayu oleh Prauniversiti SMK Khir Johari

Sepuntum
Cis, orang putih bedebah! Berani kau masuk ke dalam rumah aku dengan memakai kasut? Keluar! Keluar! Keluar!

Birch
Hei you! Jaga kata-kata kamu. Saya……saya…….hmmm….
Arshad! What is the word for ‘Leader’?

Arshad
Ah….hmmm….ah…..Ketua

Birch
Ahh…..Saya ini KETUA kamu. Kamu mesti hormatkan saya. Jangan kurang hajar dengan saya, ya….

Sepuntum
Ceh! Orang putih tidak tahu adat! Jangan kau harap kami akan patuh dan hormatkan kau. Ini tanah Melayu. Ini anak Melayu. Pantang nenek moyang anak Melayu bertuankan penjajah.  Kesetiaan anak Melayu hanya pada Sultan!

-Arshad memegang bahu Sepuntum. Sepuntum menepis.

Cis!!
Melor
Abang!. Bertenanglah abang….Abang!

Kenanga
Bapak!

Birch
Hmm…….Lihat Arshad. There’s a beautiful flower in the house!

Birch bergerak untuk merapati Kenanga namun dihalang oleh Sepuntum.

Sepuntum
Melor! Kenanga! Pergi masuk bilek!

Melor dan Kenanga masuk ke dalam bilek.

Birch
Never mind, Arshad. Lain kali…..
Sepuntum
Hey bedebah! Mau apa lagi kau di sini??

Birch
Hei, kamu semua! Dengar sini baik-baik. Saya adalah KETUA kamu yang baru. Saya bagi amaran kepada kamu….hmm… ‘what is his name?...(melihat Arshad)

Arshad
Sepuntum..

Birch
Ahhh….Ahhh.. Kamu Sepuntum. Jangan berani melawan saya. Saya bagi amaran. Kamu mesti patuh kepada saya. Kamu tidak boleh mempunyai hamba! Faham??

Birch dibantu oleh Arshad cuba mengambil hamba daripada rumah Sepuntum. Anak lelaki Sepuntum marah dan cuba mencederakan Birch namun dihalang oleh bapanya.

Damak
Bapak!  Jangan kau kotorkan tangan kau, bapak! Biar Damak sahaja yang hancurkan dia!! Jahanam! Manusia durjana!!

Sepuntum dan Damak cuba menghalang Arshad daripada merampas hamba mereka namun tidak berjaya.





BABAK 2
Pada 21 Julai 1875, Sultan Abdullah bermesyuarat di Kampung Durian Sebatang bersama-sama Dato’ Maharajalela dan pembesar-pembesar yang lain.

S Abdullah
Wahai pembesar-pembesar sekelian. Beta rasa kita perlu mengambil tindakan segera sebelum terlambat. Pentadbiran orang Barat ini nampaknya semakin menyusahkan rakyat beta.  Apa pendapat pembesar-pembesar sekelian?

Pandak Indut
Ampun tuanku. Ya tuanku. Patek bersetuju dengan pandangan tuanku. Kita perlu bertidak segera. Kita perlu menghapus orang Barat itu. Itu saja jalan yang patek nampak ada. Ampun Tuanku.

Sepuntum
Ampun Tuanku. Ya Tuanku. Orang barat durjana yang tidak tahu adat itu harus kita hapuskan daripada mukabumi bertuah ini.  Mereka tidak berhak mengarah kita. Hanya sultan saja yang berhak sebegitu. Ampun Tuanku.

Pembesar-pembesar memandang sesama sendiri sambil mengangguk kepala.

S Abdullah
Kalau begitu kata sepakat pembesar-pembesar beta, beta setuju.  Antara tuan hamba pembesar, siapakah yang ingin menawarkan diri? Supaya kerja ini sempurna laksananya.

Pandak Indut
Ampun Tuanku. Apa kata kalau Dato’ Maharajalela yang melaksanakan tanggungjawab ini? Hamba rasa Dato’ Maharajalela seorang saja yang mampu menumbangkan si jahanam itu! Ampun Tuanku.

Sepuntum
Ampun Tuanku. Betul kata Pandak Indut itu. Hamba bersetuju sangat dengan cadangannya. Dato’ lah orang yang paling sesuai menjalankan tugas yang penting ini. Ampun Tuanku.

S Abdullah
Bagaimana Dato’? Adakah Dato’ setuju memikul tanggungjawab besar ini?

Dato’ M
Ampun Tuanku. Titah Tuanku patek junjung.  Kalau putih kata Tuanku, putihlah kata patik. Kalau si biadap itu yang Tuanku inginkan, atas dulang patik sajikan. Ampun Tuanku.

S Abdullah
Baiklah. Kalau begitu percepatkan langkah tuan hamba Dato’. (Memandang kea rah pembesar-pembesar yang ada ) Jangan sampai rancangan kita diketahui orang Barat. Biar pecah di perut. Jangan pecah dimulut. (Memandang kea rah Dato’) Berhati-hati Dato’ kerana orang Barat itu sangat bahaya.  Beta doakan kejayaan Dato’. Segeralah.
Dato’ M
Menjunjung titah tuanku. Sembah patik harap diampun. Ampun Tuanku.


Sultan Abdullah berangkat meninggalkan balai dengan diikuti oleh semua pembesar-pembesar. Masing-masing mengangguk-ngangguk kepala dan menepuk-nepuk belakang Dato’ sebagai tanda sepakat dan member semangat.

Tanggal 1 November 1875, Dato’ Maharajalela mendapat peluang untuk membunuh JWW Birch.  Pada hari itu Birch dan rombonganya tiba di Pasir Salak untuk menampal surat pengisytiharaan tentang penyerahan kuasa pentadbiran kepada British. Dato’ Maharajalela telah sepakat memilih Pandak Indut dan Sepuntum untuk membunuh Birch dan pengikut-pengikutnya.
Maka berlakulah tragedy bersejarah ini pada 2 November 1875. Birch ditikam oleh Pandak Indut semasa sedang mandi di rumah rakit.
(Hanya kedengaran suara sahaja)
Birch
What are you doing? What are doing? Spare my life! Spare me! Help!!!

Pandak Indut
Aarghh!!! Rasakan keris anak Melayu ini!! Aarghh!!


Birch tercampak ke dalam sungai Pasir Salak. Namun dia masih hidup lagi.

Birch
Help me! Help me, Arshad!  Help me!

Sepuntum
Masih bernafas lagi kau? Nah! Rasakan pulak tetakan parangku ini pula !!

Birch
Aaarrgghhhh!!!!!


Si Arshad, sipengkhianat turut dibunuh oleh Pandak Indut semasa menampal surat pengisytiharan.
(Atas pentas Pandak Indut  dan beberapa pengikut lain menghendap Si Arshad dan dibunuh).

BABAK 3
JWW Birch merupakan pembesar Orang Barat yang pertama dibunuh. Selepas kejadian itu telah tercetus rusuhan antara orang melayu tempatan dengan orang suruhan Barat.
(Babak rusuhan di atas pentas dan di dataran Kejat)



BABAK 4
Apabila banyak pertumpahan darah dan kehilangan nyawa, akhirnya penyatuan diutamakan. Cubaan untuk berdamai dengan British diteraju oleh Tunku Abdul Rahman.  Tunku menganjurkan Konvensyen Kebangsaan bersama-sama MCA dan MIC membentuk Parti Perikatan yang dipimpin beliau. 3 badan politik dalam parti tersebut: UMNO – diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, MCA – diketuai oleh HS Lee dan MIC – diketuai oleh Tun V.T Sambathan.
(Pelakon naik ke pentas mengikut susunan nama dan pelakon-pelakon lain berkumpul di dataran Kejat mendengar ucapan).
(Orangramai membakar semangat dengan bertepuk tangan dan membuat laungan-laungan patriotik semasa ucapan diberi.)
Tunku Abd Rahman
Kita / rakyat yang bebas / Kita tidak perlu dijajah / oleh negara lain./ Selama ini / kita menghadapi / pelbagai cabaran,/ dugaan / dan kehilangan./ Hari ini / kita mendapat / satu peluang / untuk membentuk / masa hadapan / yang cerah ./ Kita perlu / menyedarkan kuasa-kuasa barat / bahawa / kita mempunyai kewibawaan / untuk membentuk / kerajaan kita sendiri./ Kita TIDAK perlu / menjadi hamba / di tanah milik / kita sendiri./

H.S.Lee
Kebebasan di tangan kita. / Kita perlu / menggunakan peluang ini / untuk mempertahankan / kebebasan itu./ Adakah kita / boleh mencapainya?/

Tun VT Sambathan
Kita anak tanah ini. / Keselamatan dan kebebasan tanah ini / tanggungjawab kita. / Marilah kita / bersama-sama / menyelamatkan tanah ini / daripada tangan kuasa Barat./

Tunku Abd Rahman
Tanpa mengira / bangsa / kaum / dan agama / kita dibawah satu nama / iaitu / Anak Malaya./ Marilah kita / bersama-sama  mendapatkan / hak kebebasan kita. / Ayuhlah! /

Ketiga-tiga Pemimpin
Bersatu Kita Teguh / Bercerai kita roboh. /


Orangramai: Penjajah diselar. Hidup Malaya!!!
(Orangramai bersurai.)
Ketiga-tiga parti ini berjaya mendapat sokongan rakyat. Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya 1955. British terpaksa akur dan menerima hakikat bahawa Parti Perikatan telah berjaya membentuk kerajaan sendiri.





BABAK 5
(Di atas pentas: Tunku, Lee dan Tun duduk menunggu Ratu)
Seperti yang telah dijanjikan, satu rombongan diwakili oleh Tunku Abd Rahman, HS Lee dan Tun Abdul Razak Hussein telah ke London untuk membuat perundingan kemerdekaan dengan Ratu Elizabeth.
(Ratu Elizabeth masuk diiringi oleh pengawal peribadi. Tetamu bangun. Apabila Ratu duduk baru tetamu duduk dan perbincangan bermula.)
Mereka telah berjaya mendapatkan persetujuan ratu untuk membentuk kerajaan sendiri dan mereka menandatangani dokumen pengisytiharan kemerdekaan di London. Akhirnya, Negara kita telahpun mencapai kemerdekaan.
(Ratu bangun. Tetamu ikut bangun. Ratu mengangguk-ngangguk kepala dan kemudian beredar. Tetamu turut mengangguk-ngangguk kepala dan beredar setelah ratu beredar.)
Tunku Abdul Rahman (naik kembali ke atas pentas) dilantik sebagai Perdana Menteri Malaya yang pertama. Pada malam 30 Ogos 1957, tepat jam 12 tengah malam, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera Union Black diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan. Penyerahan dokumen pengisytiharan kemerdekaan serta laungan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman dan disahut oleh seluruh Tanah Melayu.
(Laungan 7 kali)
Demikianlah sahaja skesta Patriotik 2012 – ‘Bebasnya Tanah Malaya’ daripada kami pelajar-pelajar Prauniversiti yang dibantu oleh semua warga SMK Khir Johari. 
BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.
RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU,
DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN;
JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU,
TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN.
Wabillahhi Taufik Wahidayah Wassamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatu.


Dibimbing oleh:

Madam Rosni bt Mohd Aup
En Khairi